Hari ini saya tunaikan wish
anak sulung saya, Muhammad Syahabuddin @ Abang Syaha yang baru kebah dari demam. Syaha minta saya
menyediakan bubur. Mungkin selera makannya baru ada sejak demam dari semalam.
Kebetulan daging korban pemberian ibu mertua saya sempena
Hari Raya Qurban bulan lepas masih berbaki di dalam peti sejuk. Jadi saya dapat
idea..Ting! Ting! Bubur daging J
Kelazatan daging segar sememangnya tidak dapat disangkal. Saya akan kongsikan resepinya di bawah nanti.
Sekarang saya ingin kongsikan tip menentukan kesegaran daging merah. Contoh
daging merah seperti daging kambing , lembu, unta dan sebagainya. Daging merupakan
makananan yang biasa dihidangkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari
Raya Aidiladha.
Saya akan terangkan cara untuk menentukan potongan daging
tersebut baru disembelih atau sudah lama dipamerkan oleh penjual. Sifat protein
daging yang unik sangat mengagumkan. Protein daging yang dikenali sebagai
myoglobin berfungsi sebagai penentu tahap kesegaran daging.
Selalunya pengguna akan membeli daging yang berwarna merah
cerah yang cantik. Warna merah cerah tersebut dikawal oleh myoglobin. Myoglobin akan bertindak balas dengan oksigen dari
persekitaran menghasilkan sejenis bahan yang dinamakan oksimyoglobin. Kehadiran
pigmen inilah yang menyebabkan warna daging bewarna merah cerah.
Namun, kandungan oksigen yang bertindak balas dengan
myoglobin sebaik sahaja haiwan disembelih adalah kurang. Ini menyebabkan warna
daging seakan merah kebiruan atau merah keunguan. Jangan ragu-ragu untuk
memilih daging bewarna merah keunguan kerana ia menunjukkan daging tersebut
baru disembelih J
Kandungan oksigen
yang berlebihan atau terlampau lama didedahkan terhadap daging akan merubah
warna daging menjadi merah perang atau merah kehitaman. Ini menunjukkan protein
daging sudah teroksida dengan oksigen. Ia merupakan indikator (penunjuk) daging
tersebut sudah lama dipamerkan.
Walau bagaimanapun, terdapat taktik yang dilakukan oleh
peniaga daging untuk menarik para pengguna untuk membeli daging merah yang “cantik”.
Para penjual menggunakan lapisan oksigen yang telah dikawal kandungan
oksigennya. Ini menyebabkan daging kekal dengan warna merah cerah untuk
beberapa tempoh ketika dipamerkan kepada pengguna. Anda boleh mencuba membeli
daging yang telah dikelaskan dan dibungkus di pasaraya - pasaraya besar
tempatan. Mereka menggunakannya pada potongan daging yang telah dibungkus rapi.
Berikut saya kongsikan resepi Bubur Daging seperti yang dijanjikan. Selamat Mencuba :)
Bahan-Bahan:
300g Daging lembu
4 mangkuk air
2 1/2 pot beras (pot plastik kecil yang dipek dengan periuk nasi baru tu..)
Bahan Tumis:
Halia - sebesar ibu jari kaki (hiris nipis)
1 labu bawang besar (besar penumbuk) (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis (sebesar jari kelingking)
3 sudu besar minyak jagung
Langkah:
1- Dalam periuk sedarhana, rebus daging bersama 4 mangkuk air. Rerus dengan api yang sederhana.
2- Sementara menunggu daging empuk, tumis bahan tumis di dalam kuali sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Tutup api.
3- Setelah air rebusan tinggal separuh, masukkan beras yang telah dicuci.
4- Tuang bahan tumis tadi ke dalam periuk tadi. Kacau sebati dan tutup separuh. Kacau sekali-sekala untuk memastikan nasi masak sepenuhnya.
5- Sedia untuk dihidangkan.
Sekian
p/s: Jika anda mempunyai resepi yang lebih sedap, boleh berkongsi dalam ruangan komen di bawah :)
- Izzah Razak
http://www.izzahrazak79@blogspot.com
http://www.facebook.com/pages/sunnahsuperstore
No comments:
Post a Comment