Mencabar betul nk kurus nih kan
Adakah saya gemuk?
- Ketahui Indeks Jisim Badan (IJB) anda. Anda gemuk (obes) sekiranya IJB anda ≥ 27.5.
Apakah Indek Jisim Badan (IJB) ?
- Indeks Jisim Badan (IJB) adalah ukuran untuk menilai berat badan seimbang dengan ketinggian.
Mengapa saya harus mengetahui dan mengawasi IJB saya?
- Berat badan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat. Amnya seseorang yang gemuk adalah petanda kurang sihat. Kegemukan juga memberi gangguan kepada pergerakan, kegiatan fizikal dan fungsi sistem tubuh badan.
Seseorang yang pra-gemuk dan gemuk lebih cenderung kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit "osteoarthritis". Kegemukan juga meningkatkan risiko seseorang itu mendapat kanser.
Kajian Morbiditi Kebangsaan 1996, mendapati 16.6% individu dewasa mengalami pra-obes dan 4.4% lagi mengalami kegemukan. Dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia dewasa mengalami pra-obes atau kegemukan.
Apakah berat badan yang unggul ?
- Kiraan IJB antara 18.5 - 23 adalah dikira sebagai berat badan UNGGUL. Sebagai contoh sekiranya ketinggian anda 1.5 meter, berat badan 50 kg, IJB anda adalah 50/(1.5 x 1.5) iaitu 22.2.
Bagaimana saya boleh mencapai berat badan unggul ?
Sekiranya anda berlebihan berat badan, anda perlu membuat tindakan yang tegas untuk mengurangkan berat badan:
✔ Rujuk kepada doktor, pegawai pemakanan dan pakar pemakanan.
✔ Ikut garis panduan pemakanan yang disyorkan.
✔ Kurangkan pengambilan kalori dan ubahsuai makanan anda.
✔ Bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, selama 20 minit setiap sesi.
✔ Capai matlamat mengurangkan berat badan secara beransur-ansur. Jangan kurangkan berat badan dengan menyekat pengambilan makanan secara mendadak tetapi pilihlah makanan yang berkhasiat atau pengambilan vitamin atau supplements yang tepat.
Penting untuk kita mengekalkan berat badan yang unggul tanpa obesiti. Berat badan unggul dapat mengelakkan kita dari dihidapi pelbagai penyakit yang berkaitan dengan obesiti.
Amalkan cara hidup sihat dengan makan secara sihat dan sentiasa aktif setiap hari. Pilihan berada di tangan ANDA!
Cantik ke kalau kurus melidi?
Cantik ke kalau badan berisi ?
Tanya diri sendiri
Hidup Sihat dan Cantik Manis
-Fiza-
Inbox/ SMS 017 7001749
No comments:
Post a Comment