Bersenam bukan hanya dengan pergi ke gym atau berjoging, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti berjalan, menari atau melakukan aktiviti-aktiviti “outdoor” yang seronok seperti “tracking” dan “hiking” .
Apakah Rahsia di sebalik senaman?
1.Mengawal berat badan |
Membantu menghalang pertambahan berat badan dan
membantu pembakaran lemak.
2. Menyenyakkan Tidur Malam |
Menghadapi kesukaran untuk tidur malam?
Bersenam adalah salah satu cara penyelesaiannya. Melakukan aktiviti fizikal yang kerap membantu anda mudah tidur serta mendapat tidur yang lena.
Pastikan tidak bersenam berdekatan waktu tidur kerana anda akan lebih bertenaga selepas bersenam.
3. Meningkatkan Kesihatan |
Menghalang pembentukan kolesterol serta membantu melancarkan perjalanan darah ke jantung serta meningkatkan sistem imun
4. Perbaiki Mood |
Aktiviti fizikal merangsang otak untuk membuat anda rasa gembira dan relax. Ttiada orang bersenam sambil menangis.
5. Bersosial & berkawan |
Seandainya anda seorang yang pendiam dan tiada kawan, bersenam memudahkan anda bergaul dan berjumpa dengan ramai kawan. Bagi yang buat bisnes ini juga adalah satu PELUANG..
6. Bersenam Perbaiki Hubungan SEX |
Bersenam meningkatkan tenaga serta mood “BERCINTA” seseorang terhadap pasangan. Lelaki dan wanita yang rajin bersenam memilki hormone endorphin lebih tinggi daripada mereka yang tidak bersenam.
Hormone endorphin adalah hormone yang bertindak meningkatkan ghairah seseorang sepanjang sesi ‘bercinta’ berlangsung.
7. Meningkatkan Tenaga
Senamam meningkatkan kekuatan otot dan ketahanan badan. Apabila bersenam oksigen dan nutrient dihantar ke tisu dan membantu sistem kardiovaskular bekerja lebih efisyen.
Banyak Rahsia di sebalik senaman, bagi yang jarang atau tidak pernah bersenam, mulakan dengan aktiviti yang ringan dan seronok seperti berjalan di taman dan menari.
Dapatkan “feel” untuk anda membuat aktiviti yang lebih mencabar..
Selamat bersenam
- Izzah Razak
No comments:
Post a Comment