Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Jumaat penghulu segala hari. Hari yang penuh barakah. Aku berharap suatu hari nanti, jika nyawaku
di ambil oleh Yang Maha Pencipta, biarlah ia berlaku pada hari Jumaat.
Minggu ni, di bulan yang baru, Oktober 2013, aku cuma bekerja 3 hari seminggu. Seminggu aku cuma bekerja 5 hari. Selasa lepas, anak keduaku, Muhammad Syarifuddin memgalami muntah-muntah teruk. Semalaman aku menjaganya, tidur berbantalkan lengan disebelahnnya. Tidak lena aku tidur di bilik, sementara anakku merengek-rengek kerana rasa tidak selesa.
Sejak pulang dari taska sehari sebelum muntah teruk, Syarif @ Ayip kelihatan tidak aktif seperti hari-hari biasa. Ayip sudah muntah di taska, selepas itu muntah lagi di tempat duduk belakang kereta. Ayip cuma duduk bersila di tempat duduk belakang sambil memerhati keluar. Di sebelah malamnya pula, aku memasak seperti biasa. Tetapi Ayip kelihatan begitu letih dan tidak bermaya. Dia cuma mampu berbaring lesu.
Si abang @ Syaha jadi "mati kutu". Kawan bermain sudah terlantar. Sekadar bermain dan bercakap-cakap sendirian sahaja. Lama kelamaan, Syaha terlena.
Malam itu, Ayip muntah teruk. Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Mula-mula tidur di atas toto berwarna biru laut. Susu 6oz yang baru habis diteguk habis berhambur semula sebaik sahaja usai tegukan terakhir. Muntah susu membasahi muka, telinga, baju, bantal hatta toto. Segera aku angkat ke bilik air untuk Ayip teruskan muntah agar segera lega. Anakku merengek-rengek minta dibersihkan. Aku membersihkannya dan menukar pakaiannya. Usai menukarkan pakaiannya, Ayip tidur semula.
Aku menyapu Herbal Blend Cream pada tubuhnya sambil mengurut-urut agar tidurnya lebih lena. kali ini tilam Narita merah pula aku bentangkan. Aku juga meletakkan besen kecil di hujung kepalaiba-tiba anya sebagai persediaan awal untuk menadah muntah anakku sebelum sempat ke bilik air yang cuma 10 langkah sahaja. Selang 3 jam selepas itu, jam 2.30 pagi Ayip muntah lagi. Kali ini muntahnya sempat aku tadah menggunakan besen. Tapi sebelum itu, sempat juga berhembur di atas muka dan Narita merah yang menjadi alas tidurnya. Sekali lagi aku membawa Syarif ke bilik air. Anakku memuntahkan air dan buih-buih ,bunyinya kasar seperti orang dewasa. Aku mengurut lembut bahagian membantu anakku muntah. Hujung jari tangan dan kakinya kurasakan sejuk. Tetapi bahagian tubuh lain seperti biasa.
Nasib baik ada toto Greentax yang baru ku beli di Padang Besar, Perlis. Coraknya ceria , Boleh digunakan kedua-dua belah, sebelah corak abstrak, sebeah lagi corak berbunga-bunga. Kali ini anakku tidur beraralaskannya. Tiba-tiba aku terfikirkan suplemen Nutriferon. Sebelum ni aku pernah berikan suplemen ini untuk dicampurkan ke dalam susu anakku untuk mengubati penyakit lelahnya. Alhamdulillah, penyakitnya sudah beransur sembuh.
Dalam jam 4.45 pagi, aku bertanya dalam WhatsApp dlm grup "Future Wellness PM" sesiapa yang ada nutriferon yang boleh aku pinjam dalam 2 sticks terlebih dahulu. Sahabatku Elzura yang kebetulan sedang mengemas pakaian untuk ke Kuala Lumpur atas urusan kerja menjadi penyelamat keadaan. Alhamdulillah. Semuanya Allah dah atur cantik, kalau ikutkan jam 4 pagi tu bukan masa yang biasa orang bangun pagi, apa lagi nak
Tepat jam 8.30 pagi, Syarif ku bawa ke klinik berhampiran dengan rumahku. @ orang puteraku, Syaha & Syarif agak serasi dengan ubat di klinik ini. Selepas diperiksa, doktor mengesahkan yang anakku menghidapi sembelit. Syarif cuma dibekalkan dengan 2 jenis ubat:
1) Ubat sakit perut (Bascopan)
2) Ubat sembelit (Paralfin)
Melepek, ubat pun tak habis makan.
Aku mengambil keputusan untuk mengambil "emergency leave" pada hari tersebut. Tidak sampai untuk menghantar anakku ke taska seperti biasa. Di taska pasti tiada layanan istimewa seperti di rumah. Tambahan pula, kanak-kanak yang sakit memerlukan perhatian "extra" dan suasana yang lebih sunyi untuk cepat sembuh. Ayip terbaring lesu hingga ke petang.
Menjelang maghrib, Ayip sudah boleh boleh bangun. Sekejap-sekejap menjenguk tingkap, membuka pintu. Kerinduan terhadap abangnya, Syaha sudah tidak terbendung lagi. Sebaik sahaja abang Syaha memberi salam di pagar, si adik bergegas membuka pintu.:)
Sedang si abang berceloteh panjang (ibarat tak jumpa seminggu) si adik tidak kelip-kelip memandang si abang hehehe...
Terima Kasih Ya Allah di atas amanahMu ini.
No comments:
Post a Comment