Friday, December 6, 2013

7 Jenis Kod Bahan Plastik



Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:







----------------------------
1- Plastik No. 1 - PET (Polyethylene Terephthalate)
==================
Penggunaan : Botol minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masak. 

Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik. Ia hanya boleh digunakan SATU KALI sahaja.




                                       



---------------------------- 
2- Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
================
Penggunaan: Botol Detergen, Karung sampah, Botol minyak enjin

Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. 
Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.






 

                                                    

------------------------
3- Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
==============
Penggunaan: Botol syampu, Botol minyak masak, Salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. 

Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.








----------------------------

4- Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
================
Plastik yang keempat digunakan dengan meluas disebabkan sifat fleksibel (lentur), jangka hayat yang panjang, kos yang rendah & chemical resistance.

Contoh Penggunaan:
• Plastik bungkus roti
• Botol Madu
• Salutan pada kertas, fabric dan plastic lain ("Tetra-pak" digunakan bagi pembungkusan minuman kotak)
• Alas meja 
• Mainan kanak-kanak
• Plastik sampah
• Kon Trafik
• Bekas makanan pakai buang
• Bubble Wrap 






---------------------------

5- Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
===============
Penggunaan: Botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. 
Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.



                               

------------------------
6- Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
==============
Penggunaan: Bekas polisterin, bekas telur.

Bekas polisterin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi para peniaga.



                                          
--------------------- 
7- Plastik No. 7 - Lain-lain
============
Penggunaan: Plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, “casing’ komputer. Semua jenis plastik selain 6 jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antara yang merbahaya adalah jenis polikarbonat (PC).




Wednesday, November 27, 2013

4 Golongan Manusia

Sebagaimana yang diketahui sesungguhnya menjaga kesihatan merupakan sebahagian dari tuntutan agama. Namun, ramai di kalangan kita yang mengabaikannya sehingga mereka ditimpa pelbagai penyakit kronik yang boleh membawa maut. 

Artikel kali ini saya ingin bermuhasabah tentang beberapa jenis golongan manusia dalam menjaga kesihatan.

Fokus utama ialah dua perkara asas untuk memperoleh fizikal yang sihat iaitu faktor bersenam atau bersukan dan faktor pemakanan. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman hidup saya terdapat 4 golongan :

1) Golongan Sangat Cakna & Obses Menjaga Kesihatan  |  Mereka ini golongan yang sangat prihatin tentang cara untuk mendapat kesihatan yang sempurna.

Mereka menjaga pemakanan dan berpantang serta berusaha sedaya upaya menghindari makanan yang boleh memudaratkan seperti lemak, makanan berminyak dan berkolesterol tinggi.

Mereka juga menjadikan amalan bersenam sebagai rutin kehidupan mereka sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu. Mereka memilih untuk pergi ke gym atau beriadah di taman-taman awam, berenang, membersihkan halaman rumah, berkebun dan seumpamanya.

Tidak dinafikan amat sukar untuk meletakkan diri dalam golongan yang terbaik ini. Kebanyakan orang boleh istiqamah bersukan namun tewas dengan godaan pemakanan. Itulah saya : ). 

Tidak ramai yang mampu berada dalam kumpulan ini. Antara golongan dalam kumpulan ini ialah individu yang terlibat dengan sukan bina badan. Pemakanan mereka sangat ketat dan terbatas. Mereka juga amat berdisiplin dalam senaman kardio atau senaman pemberat untuk membina otot-otot badan.

2) Golongan ini istiqamah dalam bersukan sekurang-kurangnya 2-4 kali seminggu namun mereka kurang cakna dalam pemakanan  |  Golongan yang kedua ini lebih ramai daripada yang pertama. 

Mereka bersenam namun merembat apa sahaja makanan tanpa memperdulikan makanan yang masuk ke dalam perut. Kebanyakannya mengandungi lemak, minyak, gula dan garam berlebihan serta tinggi kolesterol. Asalkan halal dan lazat. 

Bukan senang hendak menjaga diet kerana budaya pemakanan orang melayu tidak menjurus kepada diet sihat. Menjadi kebiasaan sarapan dengan menjamah nasi lemak, nasi berlauk, roti canai ditambah pula dengan minuman manis seperti teh tarik. 

Minum petang pula dihidang dengan pisang goreng, keropok goreng atau cekodok. Namun golongan ini masih beruntung kerana ada juga ruang untuk mengimbangi  pemakanan negatif tersebut dengan melibatkan diri dengan aktiviti berpeluh seperti bersenam.Mudah-mudahan senaman akan dapat mengatasi tabiat buruk diet tanpa sempadan.

3) Golongan ini tidak bersenam, tidak suka bersukan dan tiada langsung aktiviti berpeluh |  Golongan yang ketiga tidak jauh beza dengan golongan kedua cuma tukar tabiat. 

Dengan kata lain mereka golongan ‘kaki bangku’. Walaupun mereka tidak bersukan namun keistimewaan golongan ini ialah mereka menjaga pemakanan. Mereka cerewet dalam pemilihan makanan. Hanya makanan yang menyihatkan sahaja mereka sentuh dan dimasukkan ke dalam mulut.

Mereka juga senang berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan kerana tidak mudah tergoda dengan nafsu makan. Puasa juga menyumbang dalam memperoleh badan yang sihat. Golongan ini masih lagi dalam kumpulan yang selamat dan tahu nilai amanah menjaga kesihatan.

4) Golongan yang tidak menjaga amanah Allah dalam menjaga kesihatan. Tidak menjaga pemakanan dan langsung tidak bersenam | Golongan ini merupakan yang paling teruk. 

Semua jenis makanan dirembat tanpa bertapis. Golongan ini sesuai dinamakan dalam golongan ‘hidup untuk makan’ bukannya ‘makan untuk hidup’. Mereka juga tidak pernah bersenam dan langsung tiada aktiviti berpeluh.  
Malah menganggap semua itu hanya membuang masa. Nauzubillah. Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan ini. Tidak pelik atau tidak perlu terkejut kalau golongan ini akan berdepan dengan pelbagai penyakit kronik yang boleh mengundang maut seperti masalah jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Pepatah Arab yang terkenal menyatakan “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Sebelum kita ditimpa penyakit yang tidak diingini lebih baik berhati-hati. Jika kita tidak mampu menempatkan diri kita ke dalam golongan terbaik iaitu golongan pertama, maka letakkanlah diri dalam golongan kedua atau ketiga. 

Jangan sekali-kali mengamalkan cara hidup golongan yang keempat kerana kita akan menyesal satu masa nanti bila disahkan oleh doktor menghindapi penyakit-penyakit tertentu.

Tanyalah diri sendiri. Muhasabah diri kita sendiri. 

Diri kita dalam golongan yang mana satu? 
Sekiranya Kumpulan 1, anda hebat. 
Kalau Kumpulan 2 & 3, anda selamat. 
Alangkah malangnya kalau diri anda dalam Kumpulan 4. 




-------------------------
ANDA BOLEH & MESTI BERUBAH.
===================

Fikirkan tentang isteri dan anak-anak. Sanggupkah anda menjadi punca isteri anda yang masih muda menjadi janda atau anak-anak yang masih kecil bertukar status kepada anak yatim.

Ajal maut sememangnya hak mutlak Allah namun semuanya akan mengikut asbab musabbab. Budaya amalan hidup sihat asbab umur panjang dan begitulah sebaliknya.

Bersama-sama kita berusaha untuk menjaga kesihatan agar dapat beribadat dengan lebih sempurna dan khusyuk. 


Wallahu A’lam.

Saturday, November 23, 2013

Kronologi Kejadian Tubuh Selepas Berhenti Merokok

                                            

 Selepas 20 minit- Tekanan darah anda akan menurun ke tahap Normal.
 Selepas 8 jam – kadar karbon monoksida (gas bertoksik) dala darah akan menurun ke tahap separuh & kadar oksigen kembalik ke tahap normal.
 Dalam 48 jam – Peluang anda menghidapi serangan jantung menurun. Semua kandungan nikotin akan keluar dari tubuh anda. Deria rasa dan bau akan kembali ke tahap normal. 
 Dalam 72 jam - tiub bronkiol anda akan relax dan paras tenaga anda akan meningkat.
 Dalam 2 minggu – peredaran darah anda akan meningkat, dan ini akan berterusan bertambah baik sehingga 10 tahun akan datang 
 Dalam 3 – 9 bulan – batuk, nafas berbunyi dan masalah pernafasan akan berkurangan disebabkan kapasiti jantung anda meningkat dalam 10%
 Dalam 1 tahun - Risiko anda menghidapi serangan jantung akan menurun pada kadar separuh.
 Dalam 5 tahun – Risiko anda menghidapi strok kembali kepada asal di mana anda tidak merokok.
 Dalam 10 tahun – Risiko menghidapi kanser peparu kembali asal seperti anda tidak merokok.
 Dalam 15 tahun – Risiko anda mendapat serangan jantung kembali asal seperti anda tidak merokok.

p/s: Ayuh bantu para suami dan individu yang merokok.

p/s/s : Kesian sel-sel badan terbakar menderita setiap hari..huhu

p/s/s: Banyak faedah berhenti merokok - lepas 20 minit pun dah ada kebaikannya, apatah lagi 20 tahun...kkaannn 

SHARE this to your friends...Baca & kongsikan dengan rakan-rakan, keluarga & saudara-mara anda JIKA anda sayangkan mereka.


- Izzah Razak
  Whatssap : 017 7001749

Friday, November 22, 2013

5 TANDA PENYAKIT JANTUNG YANG ANDA PERLU TAHU

Penyakit jantung merupakan PEMBUNUH NO 1 di Malaysia. Sebab itu kita harus mengenal pasti simptom-simptom yang sering terjadi kepada keluarga terdekat dan pastikan dibawa ke hospital dengan kadar segara. 

Jika tidak, ia akan memudaratkan dan kemungkinan boleh menyebabkan maut sekiranya masalah jantung tersebut betul-betul serius.



---------
1. Sakit Dada
=====

Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada di tengah atau di sebelah kiri. 

Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasa di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. 

Sama ada 5 hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. 

Sekiranya pesakit masih tidak lega selepas GTN diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)

Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.

Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.

--------------
2. Sesak Nafas
========

Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan aktiviti ringan. 

Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas. Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.

Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi (cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. 

Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.

---------------
3. Mudah Berpeluh
========

Sering berlaku ketika tidur di waktu malam sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

--------------------
4. Sering Berdebar-debar
===========

Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengahnya tidak.

Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. 

-----------
5. Bengkak Kaki
======

Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.

Dengan panduan ini, semoga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit tentang penyakit jantung. Semoga ia bermanfaat.

Jika anda mempunyai masalah berkenaan ubat-ubatan dan mencari supplement dalam membantu mencegah penyakit ini, 

Sunnah Superstore

Whatssap : 0177 7001749
SID : 881907

10 Rahsia Keledek

 


1- Kekebalan tubuh  |  Keledek sangat kaya dengan beta karoten, antioksidan utama, se rta berbagai nutrisi lain seperti vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan juga fosforus. Ini menjadikan keledek sebagai penguat imun yang hebat.

2- Kanser | Kandungan beta karoten, antioksidan dan anti karsinogen utama, yang merupakan penyebab warna pada kulit keledek serta vitamin C, sangat penting untuk menyembuhkan berbagai jenis kanser. Terutama kanser kolon, usus kecil, prostat, buah pinggang dan kanser pada organ dalam lain.

3- Pencernaan  |  Selain rasanya yang enak, kandungan serat dalam keledek juga lebih tinggi dibandingkan dengan jenis kentang lain. Mineral lain seperti magnesium yang terkandung di dalamnya menjadikan ia pilihan yang tepat untuk membantu pencernaan. Selain itu, keledek juga mudah dicerna serta baik untuk perut dan usus kecil.

4- Bronchitis |  Kandungan vitamin C, besi serta nutrisi lainnya membantu menyembuhkan bronchitis. Keledek juga dipercayai menbantu memanaskan tubuh (mungkin kerana rasanya yang manis serta nutrisi lain). Kandungan ini juga berfungsi untuk  menyembuhkan bronchitis.

5- Peradangan | Walaupun tidak termasuk dalam keluarga kentang biasa, keledek juga mengandungi anti radang. Kandungan beta karoten, vitamin C dan magnesium, menjadikan keledek sangat efektif dalam menyembuhkan peradangan baik dalaman atau luaran.

6- Arthritis  | Beta karoten, magnesium, zink dan vitamin B kompleks menjadikan keledek sebagai pilihan yang tepat untuk mengatasi arthritis (radang sendi). Air rebusan keledek boleh disapukan pada sendi untuk meredakan sakit akibat arthritis.
     
7- Keseimbangan Air | Serat dalam keledek dapat membantu menahan air. Hal ini akan mempertahankan keseimbangan cecair dalam tubuh.
 
8- Diabetes | Penghidap diabetes seringkali dinasihati untuk menghindari makanan yang manis. Hal ini tidak berlaku pada keledek. Makanan satu ini sangat efektif dalam mengatur kadar gula darah dengan membantu sekresi dan fungsi insulin. Tetapi, tidak bermakna kalau pengidap diabetes boleh makan keledek tanpa batas. Tetapi, mereka boleh menjadikannya sebagai pengganti nasi atau karbohidrat.
     
9- Radang Perut | Keledek menimbulkan efek yang baik pada perut dan usus kecil. Vitamin B kompleks , vitamin C, beta karoten, kalium dan kalsium sangat efektif meredakan radang perut. 

10- Menambah Berat Badan |  Hal ini sangat mudah difahami. Keledek berasa manis serta mengandungi karbohidrat kompleks disertai vitamin dan mineral yang mudah dicerna. Oleh sebab itu, keledek merupakan sumber tenaga dan berkesan untuk membangun otot-otot. 

10- Asma | Keledek juga efektif dalam mengatasi selsema, bronchitis dan paru-paru. Dengan aroma khas yang terdapat pada keledek membantu meredakan asma.

Selain itu, kandungan serat mencegah sembelit dan penimbunan asid, kerana itu akan menurunkan kemungkinan terjadinya radang perut. Sifat anti radang juga dapat  mengurangkan rasa sakit dan radang perut.
   
Manfaat lain, keledek juga efektif menghentikan ketagihan rokok, minuman serta narkotika tertentu. Selain itu, juga sangat baik bagi menjaga kesihatan salur darah vena dan arteri. Kepekatan beta karoten yang tinggi serta fosforus amat baik bagi menyokong kesihatan mata dan kardiovaskular (jantung).




- Izzah Razak
  fb Page: Sunnah Superstore
  Whatssap : 017 7001749

Wednesday, November 20, 2013

41 TOPENG GULA

 


Masih terngiang-ngiang pembentangan bajet 2014 "Harga gula naik 34sen kepada RM2.84 bermula 26 oktober 2013" .Pelbagai perasaan bercampur-baur tentang pemansuhan subsidi gula. 

Ada yang risau, ada yang marah tak kurang juga yang cool. Mungkin kerana di rumah Cuma mengambil minuman segera “3 in 1”. Minuman segera ini mengandungi lebih banyak kalori berbanding minuman yang dibancuh secara manual dengan menambah sendiri gula.

Minuman ekspress menggunakan gula yang dan krimer yang banyak yang ia boleh memudaratkan kesihatan. Sekali-sekala atau kita pergi bercuti kita boleh membawa bekalan makanan dan minuman segera.

Atau jika kita ingin mengambil minuman ekspress, kita boleh menambah air yang banyak bagi menambah kecairannya bagi mengurangkan rasa manis.

Kali ni nak kongsikan pula nama-nama lain bagi gula yang diguna pakai samada dalam industri pemprosesan makanan atau minuman.

Perlu diingat dalam pada kita nak kurangkan penggunaan gula atas faktor menjaga kesihatan dan kecantikan, jangan pula lupa makanan atau minuman diproses juga "mungkin" mempunyai kandungan gula tersembunyi yang tinggi.

Gula yang boleh kita elakkan adalah yang kita nampak dengan mata kasar seperti gula pasir, gula castor, gula perang, gula merah , gula-gula dan sebagainya. 

Akan tetapi, industri pemprosesan makanan dan minuman tidak boleh lari dari penggunaan gula dalam produk mereka. Ini disebabkan gula berperanan sebagai pengawet bagi memastikan produk mereka tahan lama di pasaran. 

Antara nama lain yang mungkin diguna pakai bagi produk menggantikan gula atau sebagai agen pemanis dalam minuman/ makanan yang dicetak pada bungkusan produk tertentu ialah:

1) Agave nectar
2) Barley malt
3) Brown rice syrup
4) Brown sugar
5) Beet sugar
6) Black strap molasses
7) Coconut palm sugar
8) Corn sweetener
9) Cane sugar
10) Caramel
11) Carob syrup
12) Corn syrup
13) Corn-syrup solids
14) Crystalline fructose
15) Dehydrated cane juice
16) Dextrin
17) Date sugar
18) Dextrose
19) Dried oat syrup
20) Evaporated can juice crystals
21) Evaportated cane juice
22) Fruit juice concentrate
23) Glucose
24) Golden syrup
25) Gum syrup
26) High-fructose corn syrup
27) Honey
28) Inverted sugar
29) Muscavado
30) Malt syrup
31) Maltodextrin
32) Maltose
33) Maple syrup
34) Refiner’s syrup
35) Palm sugar
36) Sucanat
37) Sucrose
38) Simple syrup
39) Sorghum syrup
40) Treacle
41) Turbinado

Jadi, sebagai pengguna bijak kita mesti sentiasa meneliti label setiap produk untuk mengetahui berapa kuantiti gula atau agen pemanis lainnya yang diguna pakai dalam sesuatu produk tersebut.

Tarikh luput juga perlu dilihat bagi mengetahui kadar gula atau agen pemanis yang ditambah ke dalam produk tersebut. Kebisaannya, lebih lama tarih luput tersebut, kadar gula atau agen pemanis yanh ditambah juga lebih banyak.

Nak sihat bukan sekadar kita kurangkan bilangan sudu gula yang digunakan dalam makanan/ minuman tapi juga kita perlu prihatin kuantiti gula dan kaum kerabatnya dalam setiap produk siap proses lainnya yang kita ambil.

- Izzah Razak

Monday, November 18, 2013

OBESITI PENCETUS PELBAGAI PENYAKIT ?

Mencabar betul nk kurus nih kan 

Adakah saya gemuk? 

- Ketahui Indeks Jisim Badan (IJB) anda. Anda gemuk (obes) sekiranya IJB anda ≥ 27.5.

Apakah Indek Jisim Badan (IJB) ? 

- Indeks Jisim Badan (IJB) adalah ukuran untuk menilai berat badan seimbang dengan ketinggian.

Mengapa saya harus mengetahui dan mengawasi IJB saya? 

- Berat badan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat. Amnya seseorang yang gemuk adalah petanda kurang sihat. Kegemukan juga memberi gangguan kepada pergerakan, kegiatan fizikal dan fungsi sistem tubuh badan.

Seseorang yang pra-gemuk dan gemuk lebih cenderung kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit "osteoarthritis". Kegemukan juga meningkatkan risiko seseorang itu mendapat kanser.

Kajian Morbiditi Kebangsaan 1996, mendapati 16.6% individu dewasa mengalami pra-obes dan 4.4% lagi mengalami kegemukan. Dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia dewasa mengalami pra-obes atau kegemukan.

Apakah berat badan yang unggul ? 

- Kiraan IJB antara 18.5 - 23 adalah dikira sebagai berat badan UNGGUL. Sebagai contoh sekiranya ketinggian anda 1.5 meter, berat badan 50 kg, IJB anda adalah 50/(1.5 x 1.5) iaitu 22.2.

Bagaimana saya boleh mencapai berat badan unggul ? 

Sekiranya anda berlebihan berat badan, anda perlu membuat tindakan yang tegas untuk mengurangkan berat badan:

Rujuk kepada doktor, pegawai pemakanan dan pakar pemakanan.
Ikut garis panduan pemakanan yang disyorkan.
Kurangkan pengambilan kalori dan ubahsuai makanan anda.
Bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, selama 20 minit setiap sesi.
Capai matlamat mengurangkan berat badan secara beransur-ansur. Jangan kurangkan berat badan dengan menyekat pengambilan makanan secara mendadak tetapi pilihlah makanan yang berkhasiat atau pengambilan vitamin atau supplements yang tepat.

Penting untuk kita mengekalkan berat badan yang unggul tanpa obesiti. Berat badan unggul dapat mengelakkan kita dari dihidapi pelbagai penyakit yang berkaitan dengan obesiti. 

Amalkan cara hidup sihat dengan makan secara sihat dan sentiasa aktif setiap hari. Pilihan berada di tangan ANDA!

Cantik ke kalau kurus melidi? 
Cantik ke kalau badan berisi ?

Tanya diri sendiri  

Hidup Sihat dan Cantik Manis 
-Fiza-
Inbox/ SMS 017 7001749